Terma
Terma yang perlu anda tahu sebelum membuat pesanan
Peraturan yang jelas dan bertulis, supaya tiada kejutan pada mana-mana pihak.
- Sebut harga sah selama 30 hari dari tarikh pada dokumen.
- Semua harga dalam ringgit (RM) dan tidak termasuk penghantaran melainkan dinyatakan secara bertulis.
- Deposit 50% semasa pengesahan; baki dijelaskan sebelum penghantaran.
- Tempoh 14–21 hari bekerja untuk tempahan pertama dan 1–2 minggu untuk tempahan ulangan reka bentuk yang sama, dikira dari pengesahan artwork dan saiz — bukan dari hari anda bertanya.
- Artwork mesti vektor: AI, EPS, PDF atau SVG. Kami boleh lukis semula logo raster untuk anda.
- Barang tempahan khas tidak boleh dipulangkan — pengesahan bertulis melindungi kedua-dua pihak.
- Sahkan butiran bank kami melalui telefon di +6 016-875 3786 sebelum sebarang pemindahan.
- Saiz standard S, M, L · saiz tempahan khas disediakan.